DULU...
Masa kecik-kecik...
Suka dengar bila orang masuk UNIVERSITI..
Terasa kagum dengan orang tue..
DULU..
Masa kecik-kecik..
Jelous masa kakak dapat masuk UNIVERSITI..
Pegang tekad nak ikut jejak kakak...
DULU..
Masa kecik-kecik..
Bila di tanya apa impian??
Mesti cakap nak masuk UNIVERSITI..
Supaya dapat kerja yang baik-baik..gaji tinggi..
DULU..
Masa kecik-kecik..
Bila dapat result cukup-cukup makan...
Sangat takut...
Takut sebab nanti tak dapat masuk UNIVERSITI....
DULU...
Bila dapat tawaran masuk UNIVERSITI...
Sangat gembira sebab impian yang satu ni dapat dicapai...
-------------------------------------------------------
TAPI>>>>>>
Bila kini dah belajar kat UNIVERSITI...
Baru tau apa rasanya hidup di sini..
Setiap SEM, jadualnya padat sekali...
Rutin hariannya sama setiap kali...
Masuk minggu pertama..Kedua dan Ketiga...
Lecture memang dah start...
Lecturer uda mula berkata mengenai ASSIGNMENT...
Mula ada tajuk dan kumpulan...
Tapi semua masih santai..
Duit PTPTN masih banyak di bank..
Duit di dompet meronta-ronta ingin dibebaskan..
Mula berpeleseran di tengah Kota Raya "KUALA LUMPUR"..
Mula membeli barang keperluan...
Mula barang kehendak juga menjadi seperti barang keperluan..
Minggu Keempat..Kelima..Keenam dan Ketujuh..
Mula terkial-kial mencari buku..
Mula sibuk mengakses Internet mencari maklumat...
Mula terkontang kanting bila rujukan tak dijumpa....
Mula merasa stress sebab assignment mula berlambak..
Mula marah bila ahli kumpulan tak beri kerjasama..
Mula buat kerja last minit...
Mula tak tidur malam sebab nak antar assiggment yang "last date" nya ESOK
Sedangkan bila mana ada semester break...
Seboleh-boleh tiada buku di sisi..
Hari-hari hanya menghadap FB...
Kadang kala enjoy sana sini..
Masuk minggu Kelapan..Kesembilan...Kesepuluh...
Mula terkial-kial kembali...
Masih ada assignment yang perlu di "SUBMIT"...
Masih ada ahli kumpulan yang belum mengantar part untuk diedit..
Mula ada pembentangan yang tak putus-putus...
Mula bosan ke kelas untuk mendengar pembentangan dari rakan-rakan di kelas..
Masih tidur lewat untuk menyiapkan ASSIGNMENT yang berbaki..
Minggu Kesebelas..Dua Belas..Tiga Belas...
Terkadang ada lagi assignment yang belum hantar..
Terkadang wujud pula Assignment tambahan..
Masih juga ada pembentangan yang tak selesai-selesai lagi..
Menanti..dan terus menanti giliran sendiri...
Minggu Terakhir untuk semester...
Mula berfikir untuk cuti..
Mula bermimpi berada di kampung sendiri...
Mula terfikir apa nak dibeli sebagai ole-ole..
Mula merindui ASSIGNMENT yang kini tidak lagi menghantui...
Minggu "STUDY WEEK" ...
Menjadi minggu "TIDY WEEK" ( Tidur & study)
Malah lebih banyak tidur dari namanya study..
Bila masih ada duit berbaki..
Mula meronta-ronta melepaskan diri...
Tiba saatnya "EXAM WEEK"...
siang dan malam tiada beza lagi...
Diri bagaikan tak terurus lagi...
Kalau boleh tidur pun dengan nota2 sekali..
Kalau boleh dalam mimpi pun nak study..
Jawab exam termenung sana sini..
Mula menyesali tak baca nota yang lecturer beri..
Ha.. baru padan muka sendiri...
-------------------------------------------------------
Kini baru ku kenal apa maknanya UNIVERSITI..
Baru ku tahu sengsara hidup di sini...
Kadang kala ku rasa ingin berhenti di sini..
Namun..perjalanan ini sudah terlalu jauh ku jalani..
Tak mugkin ku kan kembali pada satu yang tak pasti...
Walaupun ku tak pasti apa yang bakal terjadi..
Akan ku tetap teruskan perjalanan ini..
Kerna sedikit langkah lagi..
Jika aku masih di sini..
Jika aku masih gagah menghadapi cubaan ini..
Ku yakin ku mampu capai apa impian hidup ini....
Doakan kejayaan HAMBA ALLAH ini....^_^....